Penyokong punya hal, KAFA sengsara
![]() |
DENDA lagi. Apalah dengan nasib Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang sekali lagi bakal berdepan hukuman denda.
Semuanya gara-gara sikap segelintir penyokongnya yang membaling botol dan mercun ke dalam padang pada perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun lalu.
Perkara tersebut disahkan oleh Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail ketika dihubungi Kosmo! di Kota Bharu, semalam.
“Dua hari lalu, KAFA telah menerima surat pertuduhan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas dua kesalahan pada perlawanan tersebut.
“Kesalahan pertama ialah melontar mercun ke dalam padang sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan dan ini merupakan satu kesalahan yang serius.
“Kesalahan kedua ialah membaling mercun dan botol ketika Kelantan memperoleh jaringan menerusi Nurul Azuwan Roya pada minit ke-79. Ini juga merupakan satu kesalahan yang membolehkan KAFA didenda," katanya.
Tambahnya, setiap kesalahan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM10,000 dan kedua-dua kesalahan yang dilakukan oleh segelintir penyokong Kelantan yang nakal itu menyebabkan pasukan bakal didenda RM20,000.
menerusi jaringan sendiri pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit-minit terakhir perlawanan serta Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109 masa tambahan.Pada perlawanan akhir itu, Terengganu berjaya bangkit untuk menumbangkan Kelantan 2-1
Rosmadi memberitahu, walaupun jumlah denda itu dilihat agak kecil, namun bagi KAFA ia merupakan satu nilai yang besar.
Katanya, dengan jumlah tersebut KAFA mungkin dapat menggunakan wang tersebut untuk tujuan pembangunan di peringkat akar umbi mahupun memantapkan lagi pasukan.
"Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada semua penyokong supaya tidak mengulangi kesilapan
ini dalam saingan Piala Malaysia yang akan bermula 6 September ini. Kerja membakar mercun dalam stadium bukanlah perkara yang baik kerana ia akan membahayakan orang lain yang berada di dalamnya.
"Saya harap pemain dapat mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku kepada pasukan Kelantan sebelum ini dan janganlah kita membiarkan perkara tersebut berulang kembali dengan kata lain adakah kita mahu pisang berbuah dua kali," ujarnya.
Untuk rekod, sepanjang 2009-2010, Kelantan telah membayar denda kepada FAM hampir RM300,000 di atas kenakalan segelintir penyokongnya.
Sumber : Kosmo Online
So,dah tau macam mana KAFA nak bayar balik semua denda tu??Dah tau macam mana Annuar Musa dapat duit yang banyak untuk bayar gaji pemain dan majukan sukan bolasepak negeri Kelantan??Dah nampak kenapa Najib yang tak pernah tengok atau datang semasa game The Red Warrior ni diberi gelaran "Penyokong No. 1 Kelantan" sedangkan Nik Aziz dan Sultan Kelantan yang selalu turun stadium menyaksikan perlawanan melibatkan Kelantan tidak diberi gelaran tersebut?Dah faham kenapa anak kelahiran Pekan, Pahang ni yang bukan setakat tak kenal penjaga gol Kelantan, malahan tak kenal Daudsu dan kehebatan tandukan beliau (ye betul, Daudsu lagi glemer dari Apek) boleh cakap dia lagi hebat daripada orang Bachok,Machang dan Kota Bharu yang hari-hari makan budu dan dengar dikir barat ni dalam menyokong The Red Warrior??
Macam ni lah sukan kat Malaysia, politik menguasai segala-galanya..Tak hairan kenapa Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang dengan bengapnya boleh buat kenyataan kerajaan negeri tak tolong,so prestasi jatuh merudum..Kita masih harus membayar tiket untuk menonton perlawanan bola sepak, dalam masa yang sama kita membayar cukai untuk membayar gaji pemain-pemain bola sepak yang mengalahkan manager padahal main standard Bola Kampung, yang akhirnya kita bayar lagi untuk tengok pemain berehat di atas padang sambil menyirup udara yang segar..Sampai bila sukan kita nak maju, kalau macam ni jadinya..Sepatutnya apa-apa sukan terutamanya sukan bola sepak mendatangkan pendapatan kepada negeri atau daerah, bukan sebaliknya menggunakan duit rakyat untuk menampung perbelanjaan kelab-kelab sukan..
Selagi kita belum dapat ubah dari segi pengurusan yang mengarut ni, sampai bila-bila lah sukan kita pada takuk yang sama..Jangan harap sukan kita nak maju kalau semua yang ada kat atas tu hanya bercakap nak majukan sukan, tapi hakikatnya hanya nak majukan perut mereka sendiri..


0 ayat panas:
Post a Comment